Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)

ISA 1960
Malaysia
Tajuk Panjang:Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
Tarikh
Perkenan DiRaja:1960
Penggubalan:1960
Pembatalan:2012
Undang-Undang Lain
Pindaan:1988
Undang-undang berkaitan:Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1955
Status: Sebahagiannya Dipinda


Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad. Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.[1]

  1. ^ "PM announces historic changes in nation's laws". The Star. Dicapai pada 2011-09-15.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy